Makanan tradisi orang Dusun,Sabah Hai semua.... Hari ni akak nak share sedikit tentang salah satu makanan tradisi orang Dusun di Sabah. korang pernah dengar tak buah bambangan???Hahhh! kalau korang nak tahu buah bambangan merupakan mangga liar dan amat terkenal dikalangan orang bumiputera sabah dan juga sarawak.Buah ni dikenali sebagai buah Mawang di Sarawak dan Isi buah ni berwarna kuning seperti buah kuini dan mempunyai Kulit yang tebal. Biasanya buah ini akan dijadikan sebagai Jeruk dikalangan orang Sabah manakala orang sarawak terutama sekali orang iban, gemar memakan buah ini tanpa dicampur dengan apa2.makan begitu sahaja lah..campur garam dan cili sahaja. Buah Bambangan ini boleh di dapati di pasar"Tamu" Gambar yang kat atas tu pula akak makan dengan cara orang iban hehehhe.... tambah garam,ajinomoto dan cili lepas tu inan ngappppp.... Amboiiii sodappppp.... rasa masam... manis... pedas dan masin gitu.Nak cuba??? TRYLAHHHHHHHH.. sendiri. Sekian...
