Resepi Ketam Masak Lada Hitam Penyediaan bahan untuk memasak Ketam masak lada hitam ini memang ringkas dan semestinya sedap dehh...itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul.so ini bahan-bahanya ya..... Bahan-bahan 5 ekor ketam (cuci & potong dua kalau nak) 4 ulas bawang putih (tumbuk dalam lesung batu/ kisar) lada hitam (tumbuk kasar ) kicap masin sos tiram sos cili Garam Daun kari Minyak masak Cara Menyediakan Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam Langkah 1 Mula-mula goreng ketam sehingga berubah warna & toskan. Langkah 2 Tumis bawang putih,daun kari & lada hitam sehingga garing. Masukkan kicap masin, sos tiram,garam & sos cili. Gaul sebati. Langkah 3 Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & gaul sehingga sebati siapppppppp..... Selamat mencuba :)
B awang putih dipercaya memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan seperti,Mencegah batuk, Mencegah penyakit jantung, mencegah kanser serta melawan jangkitan kuman, Bahkan pada zaman dahulu, bawang putih digunakan oleh orang Eropah sebagai pelindung tubuh dari wabak yang sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh. Menerusi sumber dari Health Me Up, allicin pada bawang putih berkhasiat sebagai penahan nafsu makan yang mengirimkan isyarat ke otak bahawa tubuh sudah kenyang.Perkara ini menyebabkan hasrat anda untuk makan menjadi berkurangan Selain itu bawang putih juga meransang sistem saraf untuk melepasi adrenalin.Hormon ini akan meningkatkan metabolisme tubuh.Ketika metabolisme seseorang berada dalam keadan baik,maka ia akan membuatkan tubuh lebih efektif membakar lebihan kalori sekaligus menurunkan berat badan. Langkah yang paling penting anda lakukan ialah memilih bawang putih. Pilihlah bawang putih yang tidak disimpan di dalam plastik. ini be...